PENGARAH Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli memeriksa hasil rampasan pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Bukan saja tidak takut tindakan undang-undang, malah nelayan Vietnam semakin berani apabila dikesan menceroboh perairan dan menjalankan aktiviti menangkap ikan di negara ini pada waktu siang.
Bagaimanapun, tindakan berani mereka menerima padah apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga bot nelayan asing bersama 40 awak-awak termasuk tiga tekong Vietnam pada jarak 106 hingga 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.
Nelayan Vietnam berusia 17 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.15 petang hingga 7.20 malam, Ahad lalu, bersama hasil laut negara yang ‘dirompak’ seberat 920 kilogram ikan dan sotong.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata hasil rampasan dilakukan pihaknya terhadap tiga bot nelayan terbabit dianggarkan bernilai RM4.5 juta termasuk hasil laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan.
Katanya, berdasarkan pemeriksaan pihaknya mendapati sebuah daripada bot ditahan dipercayai memalsukan dokumen bot dengan menggunakan lesen tempatan.
"Siasatan awal mendapati semua nelayan yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.
"Selain itu, kita juga mendapati nelayan asing ini cuba mengubah modus operandi apabila menceroboh perairan negara di siang hari serta menangkap ikan di sekitar 20 batu nautika dari perairan Vietnam bagi memudahkan mereka meloloskan diri ketika operasi dijalankan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri dan permit sah dan Seksyen 14(3)(b) Akta Perikanan kerana memalsukan dokumen bot.
Suffi berkata, Kapal Maritim (KM) Segantang yang digunakan dalam operasi mengalami kerosakan apabila pihaknya terpaksa menggunakan teknik ‘force boarding’ terhadap bot Vietnam yang dikejar.
"Kita terpaksa menggunakan teknik itu terhadap bot suspek kerana tekongnya menggunakan penetapan automatik untuk berpatah balik ke perairan negara mereka, manakala semua awak-awak dan tekong sudah menyembunyikan diri di dalam bahagian badan bot.
"Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pegawai dan anggota KM Segantang ketika perlanggaran itu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/461729/nelayan-vietnam-semakin-berani