KUANTAN:
Sembilan unit rumah tanaman disediakan pihak Pejabat Pertanian daerah di sini,
bagi menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian.
Pegawai
Pejabat Pertanian daerah, Amir Dzulfadli Samad, berkata kemudahan itu
disediakan menerusi program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura
Fertigasi Fasa Tiga bermula Oktober ini.
Beliau
berkata, seramai enam peserta akan dipilih bagi menjayakan projek atas tanah seluas
dua hektar itu dengan kontrak selama tiga tahun.
Katanya,
permohonan untuk menyertai projek terbabit masih dibuka dan keutamaan diberikan
kepada golongan belia dan siswazah berminat dalam bidang pertanian.
“Sehingga
kini, sebanyak 15 permohonan sudah diterima dan proses temu duga akan dilakukan
selepas ini bagi memilih enam peserta yang layak,” katanya selepas meninjau
penyediaan kemudahan projek itu, semalam.
Amir
Dzulfadli berkata, peserta yang terpilih hanya dibenarkan menanam tanaman
bernilai tinggi seperti cili dan Rock Melon yang kini mendapat permintaan
tinggi.
Beliau
berkata, peserta yang terpilih perlu menyediakan modal awal antara RM25,000
hingga RM30,000 bagi menyediakan kelengkapan tanaman termasuk benih.
Katanya, kini
terdapat 16 peserta TKPM fasa pertama dan kedua mengusahakan tanaman sayuran
seperti timun, cili, peria, halia bentong dan terung menggunakan kaedah
fertigasi.
“Saya
berharap projek TKPM Inderapura fertigasi fasa tiga ini akan mencapai kejayaan
seperti fasa pertama dan kedua yang mengeluarkan sayur setiap bulan.
“Justeru,
pemilihan peserta amat dititikberatkan. Minat sahaja tidak menjamin permohonan
mereka berjaya,” katanya.